Tuesday, September 3, 2019

Cara bersih peti sejuk

Ingat zaman dulu masa sekolah rendah ..selalu emak akan suruh cuci peti sejuk.masa itu ingat lagi,sebulan sekali pasti akan cuci peti sejuk.
Peti sejuk perlu dibersihkan setiap bulan untuk menjaga kebersihan dari segi kotoran dan bakteria.ia juga perlu untuk defrost.sbb klu tak defrost fungsi peti sejuk tidak elok.
Di samping itu boleh membuang dan mengemas benda benda yg tak d perlukan dari peti
sejuk .
Cara cara yg betul untuk membersih peti sejuk
1. Tutup suis peti sejuk untuk jangkamasa 1/2 jam
Selepas itu boleh buka peti sejuk dan keluarkan semua barang- barang dari dalam peti sejuk
2. Ambil air paip campur 1 st baking soda dan 1 st cuka.ambil kain bersih bilas perah dan lap bersih.
3. Cuci rak dgn air sabun ,bilas dan lap kering.
4. Jangan korek dgn benda tajam kalau ada ais beku yang melekat dalam ruang beku.
5. Selepas siap cuci,pasang semula semua rak
6.gunakan kontena untuk susun dalam peti sejuk.
7. Pastikan susun berasingan makanan mentah dan makanan yang sudah dimasak.
8. Cuci sayur dan buah sebelum di simpan dallam peti sejuk.
9. Bersih dan cuci ayam,daging,ikan dan sotong kemudian masuk dalam bekas yang bersesuaian sebelum di bekukan.
10.hidupkan suis peti sejuk selepas siap bersih dan d susun kemas.
11. Tips ini di perlukan untuk menjaga kebersihan dan kualiti makanan supaya tidak tercemar atau rosak.